![]() |
Permohonan Baru Lesen TBT Lupa Katalaluan Senarai Tred Lesen TBT Senarai Kawasan Konservasi Terma & Syarat |
![]() Di bawah adalah syarat-syarat permohonan dan penggunaan Sistem iLesen TBT Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini. Sekiranya anda mengakses sistem ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan portal ini. Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini. Syarat-syarat Permohonan Lesen TBT(1) Permohonan hanya untuk tred perniagaan yang Tidak Berisiko Tinggi (TBT) sahaja. Sila rujuk Senarai Tred Lesen TBT yang disenaraikan.(2) Permohonan hanya bagi jenis Bangunan Satu Lot Kedai Tingkat Bawah sahaja yang telah mempunyai kelayakan CCC sahaja. (3) Permohonan dikawasan konservasi tidak dibenarkan memohon melalui Sistem iLesen TBT Had TanggungjawabAnda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:(1) Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini; (2) Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini; (3) Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda; (4) Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau (5) Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini. SYARAT-SYARAT AM LESEN(1) Lesen ini dikeluarkan dengan syarat Pemegang Lesen hendaklah mematuhi Undang-Undang Kecil dan Peraturan-Peraturan Majlis Bandaraya sepanjang waktu mengurus dan menjalankan perniagaan.(2) Lesen hendaklah pada sepanjang masa dipamerkan pada tempat yang nyata di premis yang dilesenkan. (3) Tidak dibenarkan membuat perniagaan atau perdagangan lain di premis ini selain daripada yang dilesenkan. (4) Lesen ini tidak boleh ditukar kepada orang lain tanpa kebenaran bertulis dari pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. (5) Dilarang meletak, menggantung atau menghalang apa-apa benda pada jalan, kali lima bangunan dan tangga sepanjang masa. (6) Premis perniagaan hendaklah sentiasa bersih dan menggunakan tong sampah sempurna serta karung plastik. (7) Lesen ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa atau tidak diperbaharui sekiranya didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya atau mana-mana syarat peraturan undang-undang kecil yang berkaitan. (8) Hendaklah mematuhi syarat-syarat kesihatan, Bomba, Jabatan Alam Sekitar dan Polis. (9) Lesen ini tidak sah sekiranya tiada bayaran yang sah. |