Pendaftaran Pemohon
Permohonan Baru Lesen TBT
Lupa Katalaluan
Senarai Tred Lesen TBT
Senarai Kawasan Konservasi
Terma & Syarat

   a) Merancang dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti perniagaan, perindustrian dan IKS di kawasan Majlis Bandaraya bertujuan

   b) Menerima dan memproses dalam tempoh maksima 14 hari, permohonan-permohonan lesen perniagaan tred, industri, penjaja
       kecil dan iklan.

   c) Menyelenggara maklumat bagi kesemua pemegang lesen mengikut jenis perniagaan dalam kawasan pentadbiran MBMB.

   d) Menentukan semua perniagaan mengikut undang-undang yang berkaitan.

   e) Mengawal dan membasmi nyamuk, lilati dan anjing liar.

   f) Meningkatkan penguatkuasaan dari segi kebersihan dan syarat-syarat lesen premis perniagaan.

   g) Meningkatkan kefahaman dan kesedaran ke arah budaya niaga yang sihat kepada pelesen-pelesen melalui taklimat, dialog dan kursus.

   h) Mengawal dan mengekalkan tahap kesihatan persekitaran bandaraya melalui akktiviti-aktiviti pembasmian nyamuk,lilati dan anjing liar.

   i) Menguruskan tandas awam di seluruh kawasan bandaraya.

   PERKHIDMATAN YANG DIBERI


   a) Mendaftar dan memproses permohonan lesen baru.

   b) Menyelaras pembaharuan lesen sementara dan lesen tahunan serta menyediakan maklumat pemegang lesen.

   c) Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelesenan Lesen dan Mesyuarat Jawatan Kuasa Kawalan Perniagaan
       dan Pembangunan Gerai.

   d) Unit Tandas Awam-memantau tandas MBMB yang dikontrakkan dan menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi tandas yang
       kotor serta tidak mematuhi spesifikasi kontrak.

   e) Unit Skuad Pencucian Segera (SPS)- sebagai unit 'backup' membantu mencuci tandas awam MBMB yang didapati terlalu kotor
       dan perlukan tindakan segera.

   f) Unit 'Fogging'- mengatur tindakan 'fogging' dan 'larvaciding' secara berjadual di dalam kawasan pentadbiran MBMB untuk membasmi
       wabak demam denggi.

   g) Unit Kawalan Lilati- menghapuskan punca-punca pembiakan lipas,lalat dan tikus di dalam kawasan gerai makan MBMB, pasar
       dan kawasan perlancongan untuk mengelakkan bawaan penyakit berjangkit.

   h) Unit Kawalan Anjing-mengawal dan memusnahkan anjing liar bagi mereka yang melanggar syarat lesen seperti aspek kesihatan,
       keselamatan, bunyi bising atau tidak memakai lencana tahunan pada anjing peliharaan.

Hakcipta Terpelihara 2014 © Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian