Pendaftaran Pemohon
Permohonan Baru Lesen TBT
Lupa Katalaluan
Senarai Tred Lesen TBT
Senarai Kawasan Konservasi
Terma & Syarat

   Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam memproses permohonan dan
   mengeluarkan lesen-lesen premis dan iklan perniagaan, lesen pemeliharaan anjing serta bertanggungjawab mengawal kesihatan awam
   melalui kerja-kerja kawalan vektor dan kebersihan tandas awam.

   Jabatan ini mempunyai tanggungjawab dan peranan tersendiri dan amat penting terutama di dalam mengekal dan meningkatkan
   kemakmuran Bandaraya Melaka Bersejarah terutama dari aspek :

   a) Menggalakkan pembangunan dan peningkatan sektor ekonomi bandaraya melalui aktiviti perniagaan dan industri dengan
       mempermudah dan mempercepatkan proses pengeluaran lesen-lesen perniagaan.

   b) Mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan persekitaran yang berkualiti supaya Bandaraya Melaka kekal mampan.

   Matlamat Jabatan


   Membantu memakmurkan Bandaraya melalui pembangunan perniagaan dan perindustrian serta meningkatkan kualiti kesihatan awam.

   Menggalakkan aktiviti perdagangan dan pengawalan aspek kesihatan awal selaras dengan pembangunan Bandaraya Melaka Bersejarah

   Motto


   "Makmur Perniagaan,Makmur Bandaraya"
Hakcipta Terpelihara 2014 © Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian